Ahad, 21 September 2008

Unsur-Unsur Seni
Ben Shahn (Lithuanian) 1889-1968, Supermarket, serigraph in black,1957, 25 1/4 x 38 3/4"Perhatikan lukisan di atas. Apakah peranan garisan dalam gambaran tersebut? Perhatikan tajuk lukisan ini. Ben Shahn melukis dan mengolah pelbagai arah garisan secara menegak dan melintang sehingga menghasilkan satu gambaran yang biasa kita lihat. Garisan digunakan sepenuhnya untuk menggambarkan objek yang sering terdapat di pasar raya iaitu troli.
Garisan,Jalinan,Rupa,Bentuk,Ruang,Warna, dan Garisan adalah salah satu elemen seni reka. Ia adalah kesan titik-titik yang berlanjutan dan bertindak sebagai titik yang bergerak, dihasilkan menggunakan alat atau media seni lukis. Garisan terdapat dimana-mana sahaja samada yang terhasil secara semulajadi atau dihasilkan oleh manusia. Garisan mempunyai pelbagai jenis sifat dan identiti yang tersendiri serta memberi pengertian yang berbeza-beza. Jenis-jenis garisan ini juga merujuk kepada sifat-sifat fizikal sesuatu garisan itu seperti kasar, halus, panjang, pendek, lurus, bengkok, terang, gelap, tebal, putus dan sebagainya. Garisan juga mampu menyatakan sesuatu idea atau perasaan. Ia boleh bersifat statik atau aktif. Garisan menjelaskan secara visual sesuatu objek.Aplikasi pelbagai jenis garisan yang bersesuaian dapat mencipta rupa, jalinan, ton dan corak serta menimbulkan bentuk, ruang dan pergerakan.

Tiada ulasan: